Followers

Wednesday 30 March 2011

Macam ABC (air batu campur)

Dalam ABC, macam-macam ada kan..
Ada kacang merah, cendol, sago, agar2 kecil berwarna warni, ada jagong..
Ada sesetengah tu siap campur ais krim lagi kan..
Pastu letak susu cair, sirap ros, sirap sarsi..
Walaupun dicampur dengan pelbagai rasa, itu yang menyebabkan ABC ni sedap kan..


Jadi, ape kena mengena dengan blog aku ni?? Memang ada kena mengena nya..
Dalam blog aku ini aku akan menggunakan 3 bahasa iaitu, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa yang paling unik sekali kat Malaysia ni iaitu, Bahasa Sarawak..


Hmmmm..... tetiba pulak aku terfikir...Gila perasan jugak aku ni kan??? Macam la ada orang nak baca blog aku ni.. Tapi tak pe, tak salahkan kalau kita berfikiran positif. Tapi ada gak manusia2 ni beranggapan kalau kita ni berfikiran posotif, kita ni di"chop" sebagai "poyo", "berlagak macam bagus sangat", "Baik gila b**i".. Kadang2 aku terfikir jugak, kenapa kita harus malu untuk dilabel sebagai 'Baik'? Mindset kene tukar tu.. Dah2, aku terpesong dari laluan yang sepatutnya..


Back to business, mengenai bahasa yang aku gunakan dalam menyampaikan coretan dalam blog aku ni..
Aku mempunyai alasan kenapa aku berbuat demikian..

Pertama, mesti kitak orang (orang sarawak) madah mcm tok nak.. "Eksen mbiak tok juak klakar malaya dalam blog nya, maka tek orang jadi sarawak..Eksen nak leput mbiak tok eh..Tang klaka lepeh jak sia.." Bukan gia adik kakak oi... Kadang2 mun nak berjiwang2 nak, ney best klaka lam bahasa sarawak.. tang empiyak jak bunyi nya..tang sik ngenak bah.. Macam lagu juak, jarang kita ada nengar lagu jiwang2 dalam bahasa kita nak..yang ada cuma Know2 jak ada berlagu dalam bahasa kita..ya pun nya raping. Mun dialun2 kah, nang pelik lah bunyi nya koh..

Kedua, kadang2 apa yang berlaku disekeliling aku lebih menarik jika ianya ditulis dalam bahasa/dialek tempatan aku.. bunyi nya akan lebih menarik dan seronok.. Kadang2 juga, aku ingin menulis setiap bait kata2 dalam hatiku kerana sudah pasti aku hati aku berbicara dalam dialek tempatan..

Ketiga, sometimes, we need to improve our english via writing. I know, i'm not that good in writing in english, but at least i'm try to improve it right? Nevermind, we not need a giant step to be master in english. A simple baby step it just nice because, baby cannot remaining as a baby forever but it will grow up and its will happen also if we continue and make it consistent.. InsyaALLAH, we will learn it together. If i make grammatical error or  my spelling wrong, please tell me.. We are still in learning process.. :)


Jadi, kesimpulan nya, beginilah aku akan menjalankan blog aku.. jika perlu, aku akan campurkan semua bahasa ini dalam satu entry. Kepada yang sudi membaca, jika ada perkara yang kurang faham dan minta diperjelasakan, sila jgn segan silu untuk bertanya.. Ya, aku masih perasan. Aku tahu tiada sesiapa pun yang berminat untuk membaca blog aku. Tapi tak mengapa.. :)
*
*
*
Cukup sampai disini,
Nanti sambung lagi.
*
*
*
*
Ya, itu pantun 2 kerat. :)

3 comments:

  1. hehe..zie lagi lah. suma bhs zie kuarkan dlm entry..kehkehkeh. kekadang siap bhs sarawak tue zie up kan..haha :D

    ReplyDelete
  2. Zie, kmk tauk gilak dah..hehehehe..
    I'm read your blog everyday and it inspired me to keep on blogging..
    Thank you coz drop by.. :)

    ReplyDelete
  3. :)..sik kisah bahasa apa.asalkan kita ikhlas tulis apa yang kita rasa dan maok.kmk pon baruk juak.

    ReplyDelete

Thank You for dropping ur comment.. :)