Assalamualaikum..
Aku tahu pelbagai persoalan akan timbul mengenai kewujudan blog ini d alam cyber ini..
Aku sengaja membuka akaun blog ini sebagai tempat aku meluah segala macam perasaan yang aku tidak mampu lepaskan pada sesiapa..
Di dalam blog ini juga, aku ingin merahsiakan siapa aku daripada kalian..
Kenapa?? Nah.. sudah timbul persoalan bukan?
Kerana aku ingin bebas menulis tanpa sekatan. Sekiranya aku menunjukkan sapa aku di sini, mungkin itu akan menjadi halangan untuk aku terus mencoret d skrin komputer ini. Cukuplah sekiranya aku menyatakan bahawa aku ini seorang perempuan yang sederhana yang sedang mencari arah hidup masa depan nya. Bila kita berbicara soal masa depan, ianya meliputi soal kehidupan dan kerjaya serta perjalanan seorang khalifah Allah.
Gambar header tu gambar kau ke? Persoalan lagi kan.. Tidak, itu bukan gambar aku.. Gambar tu aku cilok dari Google Image..Tapi apa yang aku dapat bagitau, itu adalah gambaran diriku?
Kenapa blog tittle nama "Tentang Cinta Ini"? Ya, kerana aku ingin berkongsi rasa dalam blog ini mengenai kisah atau perjalanan kisah cintaku..
Aku akan bercerita lebih lanjut lagi nanti k..
Till later..